E-MEL (MEL ELEKTRONIK)

DEFINISI E-MEL

• E-mel ialah singkatan kepada mel elektronik, surat elektronik, ataupun mel komputer.
• E-mel juga merupakan satu bentuk surat elektronik yang menggunakan pelbagai aplikasi yang digunakan untuk menghantar, menyimpan, dan menerima mesej melalui sistem komunikasi elektronik.
• Surat berasaskan penggunaan sistem komputer ini boleh dihantar atau diterima fail-fail yang mengandungi teks, grafik, animasi, audio, video, dan sebagainya. 

McGrawHill Profesional 
· Historically, electronic mail (or e-mail) referred to any of a number of technologies that allowed people to send documents to one another through electronic means. 

JPA 
· Mel Elektronik atau e-mel adalah merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu dengan lain dalam bentuk mesej elektronik.
· Aplikasi e-mel ini digunakan secara meluas dan membenarkan komunikasi lebih daripada dua hala dengan cara yang pantas dan lebih sesuai untuk penulisan yang ringkas.

KANDUNGAN E-MEL
Mesej-mesej e-mel Internet terdiri daripada dua bahagian utama:

  • Pengepala — Distrukturkan kepada ruang-ruang seperti ringkasan, pengirim, penerima, dan maklumat lain mengenai e-mel 

Isi — Mesej itu sendiri sebagai teks yang tidak berstruktur; kadang-kala disertakan ruang tandatangan pada penghujungnya 
Pengepala dipisahkan daripada isi dengan sebatang garis kosong.

  • Pengepala mesej terdiri daripada ruangan-ruangan seperti yang berikut:

Dari: Alamat e-mel dan juga nama pengirim mesej

™ Ke: Alamat e-mel dan juga nama penerima mesej

™ Subjek: Ringkasan kandungan mesej (seperti tajuk)

™ Tarikh: Tarikh dan waktu tempatan mesej dikarang

BAGAIMANA ANDA MENGHANTAR MESEJ MENGGUNAKAN E-MEL?

(klik untuk besarkan)

DEFINISI E-MAIL ADDRESS/ALAMAT E-MEL
satu nama unik yang mengandungi nama pengguna e-mel dan nama domain(.com, .net, .edu, etc.)

BAGAIMANA E-MEL ANDA MERENTASI RANGKAIAN KOMPUTER?

(klik untuk besarkan)

DEFINISI MAILING LIST
Mailing List merupakan satu kumpulan e-mel berserta nama dan alamat e-mel. Apabila mesej di hantar kepada mailing list, maka semua pihak yang berada dalam list tersebut menerimanya. Jika anda ingin meletakkan e-mel anda ke dalam mailing list, pastikan anda subscribe atau melanggan program tersebut, dan jika anda ingin membuang e-mel daripada list maka anda perlu unsubscribe atau berhentikan langganan. 

KEPENTINGAN E-MEL DALAM PENYAMPAIAN MAKLUMAT

1. Penyampaian maklumat tanpa batasan melalui aplikasi e-mail
2. Perhubungan dan komunikasi dengan anggota menjadi lebih mudah
3. medium untuk aktiviti pemasaran
4. Penyampaian data lebih teratur dan sistematik
5. Urusan Kerja menjadi lebih ringkas dan cepat

Guru atau tenaga pengajar

Ø  Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak  jabatan serta kementerian.

Ø  Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

Ø   Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.

Pelajar

Ø  Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain.
Ø  Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa
Ø  Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar negara.
Ø  Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara atas talian.

Pengajian atas talian

Pembelajaran atas talian atau e-pembelajaran. Ianya merupakan salah satu daripada sistem pembelajaran teradun yang disediakan oleh Universiti Terbuka Malaysia. Ia bermaksud proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan peralatan elektronik untuk menyampaikan kandungan dan maklumat serta berinteraksi melaluinya.

Masalah – masalah yang dihadapi oleh pelajar :

Ø  Kemahiran teknologi maklumat yang lemah.
Ø   Sukar membahagikan komitmen antara kerjaya, peranan sebagai pelajar dan tanggungjawab kepada keluarga.
Ø   Teknologi dan penyampaian maklumat atas talian.

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah :

Ø  Meningkatkan kemahiran teknologi maklumat.
Ø   Perancangan dan pengurusan masa yang berkesan.
Ø   Mengubah gaya hidup.

KEBAIKAN MENGGUNAKAN E-MEL

  1. Cepat
  • Penggunaan e-mel menjadikan komunikasi yang cepat antara pengguna. Ini dapat dilihat penggunaan e-mel yang boleh dihantar dengan serta-merta sebagai contoh urusan pejabat yang memerlukan dokumen dihantar dengan kadar segera kepada agensi lain dengan cepat dan tepat. Selain itu, komunikasi dalam berinteraksi juga cepat dengan adanya e-mel anda boleh berinteraksi dengan sesiapa sahaja di serata dunia. Tiada kaedah lain yang boleh menyediakan perkhidmatan sebegini.
  1. Cekap
  • Tiada perkhidmatan secekap emel, ini jelas dapat dilhat dalam menghantar maklumat ke satu kumpulan yang boleh dilakukan dalam satu langkah.
  1. Kelajuan
  • Satu e-mel dihantar dengan serta-merta dan di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Tiada perkhidmatan lain yang sepadan dengan e-mel dari segi kelajuan.
  1. Murah
  • Berbanding dengan panggilan telefon, faks, atau perkhidmatan kurier malam lebih, E-mel adalah kurang mahal. Penjimatan kos adalah satu kelebihan komunikasi e-mel yang paling penting dalam perniagaan. Kos yang terlibat dalam mengekalkan sistem e-mel secara amnya sangat rendah. Syarikat-syarikat kecil boleh menggunakan perkhidmatan e-mel percuma dalam talian tanpa perbelanjaan perbelanjaan untuk menggabungkan sistem e-mel yang berasingan. Mereka hanya perlu membayar caj sambungan internet yang tetap. Sebagai syarikat-syarikat terutamanya menggunakan emel, perbelanjaan yang berkaitan dengan bayaran pos dan telefon adalah rendah.
  1. Mesra Pengguna
  • Anda boleh menguruskan semua surat-menyurat anda di skrin dan sebagainya boleh pelanggan anda. Cadangan anda boleh menjawab, disemak semula, disimpan, dan dihantar kepada orang lain, semua tanpa jumlah besar daripada kertas yang terlibat.
  1. Mesra Alam
  • Pos mel menggunakan kertas sebagai medium untuk menghantar surat. Oleh itu, mel elektronik, menghalang sejumlah besar pokok untuk tujuan yang sama . Ia juga menjimatkan bahan api yang diperlukan untuk pengangkutan.
  1. Mudah
  • Baris subjek pada Email menjadikannya mudah untuk memberi keutamaan mesej. Pembaca boleh mengenal pasti surat-menyurat dengan cepat dan diuruskan dengan serta-merta. Tidak seperti mel biasa yang perlu dibuka dan dikaji semula, atau mel suara yang memerlukan anda sama ada untuk mendengar atau mengimbas semua mesej bagi orang-orang yang memerlukan perhatian serta-merta. Ia juga mudah untuk digunakan selepas persediaan awal tanpa memerlukan masa yang lama untuk mempelajarinya. Lebih mudah untuk rujukan apabila seseorang perlu membalas mel, dia boleh menggunakan peruntukan melampirkan mel sebelumnya sebagai rujukan. Ia membantu menyegarkan penerima pengetahuan mengenai apa yang beliau adalah membaca.
  1. Selamat dan Dipercayai
  • Tahap keselamatan dalam menghantar mesej E-mel adalah sangat tinggi, dan industri terus berusaha untuk membangunkan walaupun tahap keselamatan yang lebih ketat. E-mel adalah swasta. Sering kali telefon dan mesej faks tidak. Jika maklumat alamat yang betul, jarang tidak Email sesat.. Setiap orang pasti mempunyai ID dan juga kata laluan masing-masing jadi sukar untuk orang menggodam dalam dalam e-mel. Komunikasi e-mel adalah jelas kaedah komunikasi yang paling selamat berbanding dengan surat dan faks. Jika surat atau dokumen kertas jatuh di tangan yang salah, mereka boleh disalahgunakan yang mungkin membuktikan merosakkan perniagaan. Jika faks yang mengandungi maklumat sulit dibiarkan pada mesin fax, mereka juga boleh digunakan dengan cara yang menentang. E-mel memastikan keselamatan maklumat, rekod, dan butir-butir.
  1. Serba Boleh
  • Penggunaan grafik yang berwarna kad ucapan dan gambar-gambar menarik boleh dihantar melalui e-mel. Ini menambah nilai kepada perkhidmatan e-mel. Alat pengiklanan: Pada masa kini, ramai individu dan syarikat-syarikat menggunakan perkhidmatan e-mel untuk mengiklan produk, perkhidmatan, dan lain-lain.
KEBURUKAN E-MEL

·    
       Kurang Privasi 

- Mesej emel kebiasaannya akan melalui komputer perantaraan sebelum sampai ke destinasi. Jadi, mudah untuk orang lain untuk menyekat dan membaca mesej tersebut.
- Kepala emel dan maklumat lain dalam emel biasanya akan mengenal pasti identiti pengirim, maka menghalang komunikasi tidak bernama.
- Emel boleh menjejaskan keselamatan sesebuah organisasi kerana maklumat yang sensitif dan sulit boleh disebarkan secara sengaja mahupun tidak .
     Salah Faham
  •     Penggunaan kata yang tidak sesuai akan membawa kepada salah faham yang serius. 
  •     Pengirim emel perlulah menggunakan huraian yang penuh dan bukan memendekkannya. 
  •     Perbezaan budaya juga boleh menyebabkan ketidak sefahaman dalam pentafsiran perkataan tertentu. 
Sarat Maklumat (Information Overload)
- Kebanyakan orang menghantar terlalu banyak maklumat sehingga peti masuk emel sarat dengan pelbagai mesej sama ada penting mahupun tidak. 

Pembaziran Masa
- Banyak masa diperuntukkan untuk menyemak mesej ataupun membuang mesej-mesej yang tidak penting.
- Emel atau soalan-soalan yang rumit juga memakan masa untuk dijawab seterusnya mengakibatkan tekanan kepada pengguna.

Spam Emel
- Emel yang diragui kesahihannya.
- Selalunya dihantar daripada penghantar emel (spammer) kepada banyak alamat emel sekaligus.
- Tujuan utamanya adalah untuk penjualan produk, perkhidmatan dan yang paling merbahaya adalah untuk tujuan penipuan.
- Email spam selalunya mengandungi perkataan tidak baik seperti perkataan lucah, seks, loteri, memberi hadiah berupa wang yang banyak dan juga tawaran yang tidak munasabah.
- Email spam yang bertujuan untuk penipuan ini adalah paling merbahaya. Akibat dari kesan penipuan dari kandungan email ini menyebabkan kerugian harta benda, maruah dan juga boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

PERBANDINGAN ANTARA SURAT BIASA DAN EMEL


Surat Biasa
Emel
- Lambat diproses
- Cepat diproses
- Kurang Jaminan
- Dijamin sampai kepada penerima
- Penggunaan bahan alam semulajadi
- Mesra alam
- Dikenakan bayaran
- Percuma
- Kurang privasi
- Privasi

No Response to "E-MEL (MEL ELEKTRONIK)"

Post a Comment

 

Copyright © 2009 Itmi'nan. All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Blogspot Templates Theme By- WooThemes