LAMAN WEB AL-QURAN : AL-QURAN AL-KARIM DENGAN TEKNIK SEMANOOR

Bagi tugasan kedua pula iaitu tugasan laman web Al-Quran, kami telah memilih laman web Al-Quran Al-Karim bitaqniyat Semanoor iaitu satu laman web Al-Quran yang menerangkan tentang ulum Al-Quran. Teknik Semanoor di sini bermaksud pengasas laman web ini iaitu syarikat perisian Intel dan Semanoor telah bergabung dengan syarikat yang mengeluarkan Al-Quran Al-Karim, Dar Al Rasm Al-Othmani untuk membentuk laman web ini. Laman web yang bercirikan perisian ini mempunyai 17 pembahagian yang mana bersifat E-Kurikulum yang memfokuskan kepada pendidikan terutama golongan kanak-kanak dalam mempelajari Al-Quran. Apa yang menariknya, hasil kerjasama pihak Intel dan juga pihak Semanoor dan Dar Al Rasm Al-Othmani telah bersepakat mengeluarkan komputer yang lengkap mengandungi Al-Quran mengikut teknik Semanoor di Mesir dalam usaha menarik minat orang ramai mempelajari ilmu tajwid. Bagi kami, laman web ini sangat bermanfaat bagi pengunjung yang berminat untuk mempelajari Ulum Al-Quran. Hal ini kerana laman web ini bukan sahaja menerangkan hukum tajwid, tafsir al-Quran, dan bacaan al-Quran, malah turut menerangkan makhraj huruf dalam kita membaca al-Quran, laman web ini juga menerangkan tentang i'jaz al-Quran iaitu dari i'jaz sains hinggalah i'jaz syarie. 
Laman hadapan web. Klik untuk terus ke laman ini.

LAMAN WEB ISLAM : NIDA' AL-IMAN

Ini adalah laman sesawang atau web yang kami bentangkan dalam kelas Aplikasi ICT menurut Al-Quran dan As-Sunnah. Laman web Islam merupakan tugasan bagi kami dan kami telah memilih laman web Nida' Al-Iman. Laman web ini merangkumi sebelas bahagian seperti Ensiklopedia Al-Quran, Tafsir Al-Quran, Himpunan Hadis, Himpunan Fiqh Islam, Himpunan Penulisan, Kitab-kitab terpilih, Indeks lengkap, Pembelajaran dan pengajaran dari forum, Arkib Fatwa, Karya-karya terpilih dan Jurnal Nida' Al-Iman. Menurut kami laman web Nida' Al-Iman adalah laman web yang sangat lengkap kerana meliputi hampir keseluruhan perkara berkaitan dengan Islam. Laman web ini walaupun berbahasa Arab kerana laman web ini di usahakan oleh Jabatan Teknologi Mesir, namun begitu bahasa yang digunakan adalah senang untuk di fahami. Antara isi kandungan laman ini termasuklah Al-Quran Player yang di bacakan oleh Qari yang terkenal, Penerangan Hukum Tajwid dalam al-Quran, Tafsir-tafsir dari ahli tafsir yang terkenal seperti Tafsir Qurtubi, himpunan kitab-kitab hadis terutama yang soheh iaitu Al-Bukhari dan Muslim serta pelbagai lagi manfaat boleh diperoleh didalamnya. Anda boleh ke laman web Islam tersebut dengan klik gambar di bawah. Anda juga boleh mengikuti laman web ini di Twitter dan Facebook mereka.

muka hadapan laman web Nida' Al-Iman

Mari lawati Forum Ahl al-hadith!


'Multaqa Ahl Al-Hadith' ini membincangkan secara rigid berhubung ulum al-hadith termasuklah:
  • forum hadith dan pengajiannya
  • forum Al-Quran dan pengajiannya
  • forum hukum Fiqh
  • forum perundangan Islam
  • forum bahasa Arab dan pengajiannya
  • forum tentang kitab-kitab hadith
  • forum tentang ulama hadith masa kini
dan banyak lagi forum ilmiah yang boleh kita sama-sama manfaatkan. InsyaAllah :)

Islam Q&A : menjawab persoalan hukum dalam Islam.

Laman web 'Islam Q&A' ini merupakan hak milik Shaikh Muhammad Saalih Al-Munajid
Al-Munajid berkelulusan dari Universiti Petroleum dan Mineral Raja Fahd (KFUPM) di Dhahran, Arab Saudi, dengan ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Perindustrian. Al-Munajid mengkaji undang-undang Islam di bawah ulama 'Abd al-' Aziz ibn Baaz , yang memberi kuasa kepadanya untuk mengajar dan memberi syarahan di Wilayah Timur Arab Saudi. Beliau belum lagi mencapai umur 30 tahun. Beliau juga belajar di bawah ulama Muhammad ibn al Uthaymeen , Abdullah Ibn Jibreen , Saleh Al-Fauzan , dan Abd ar-Rahman al-Baraak.
Antara isi kandungan laman ini termasuklah penyelesaian masalah berhubung ibadah, aqidah dan fatwa-fatwa terpilih. Laman web ini sangat bermanfaat bagi kita sebagai umat Islam yang senantiasa ingin mendalami serta memahami Islam itu sendiri. Walaupun Al-Munajid berpegang pada mazhab Imam Hanbali namun dapat di lihat fatwa dan pandangan beliau amat relevan dengan mazhab yang dipegang oleh umat Islam yang lain.

Kesinambungan Islam dan teknologi.

Perbahasan tentang teknologi dan permodenan seringkali di kaitkan dengan idea2 seperti demokrasi, kebebasan hidup (freedom) dan free-market ekonomi hinggakan kita sering mendengar ucapan2 seperti “untuk menjadi sebuah negara maju dan berteknologi, kita perlu berdemokrasi.”

 Maka, teknologi dan tamadun terutama sekali tamadun barat sering disatukan dan seakan-akan tidak boleh dipisahkan lagi. Ini menimbulkan suatu kekeliruan di dalam pemikiran umat Islam tentang soal teknologi dan Islam. Jika teknologi bererti tamadun dan nilai2 barat ataupun tamadun barat berserta nilai-nilainyalah yang menghasilkan teknologi maka, bolehkah umat Islam menerima dan mengambil teknologi? Ini mengakibatkan umat Islam berpecah kepada dua kumpulan iaitu, kumpulan pertama yang berpendapat bahawa umat Islam perlu maju dan mengikut arus perubahan maka, kita perlu berteknologi dan sekaligus memeluk cara hidup barat berserta idea-ideanya dan idea2 barat tidak bertentangan dengan Islam. Kumpulan yang kedua pula berpendapat bahawa idea2 barat memang bertentangan dengan Islam, oleh kerana itu segala apa yang datangnya daripada barat adalah salah dan bid’ah termasuk teknologinya.

Jika kita mendalami persoalan ini, kita akan melihat bahawa kedua-dua pendapat ini adalah bertentangan dengan realiti yang sebenarnya. Ini ialah kerana teknologi dan tamadun/nilai2 barat bukanlah dua perkara dalam satu yang tidak boleh diasingkan lagi malah, kedua-duanya merupakan perkara yang berasingan. Teknologi merupakan ciptaan barang2 material dan fizikal yang tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu tamadun, dalam kata lain ianya adalah madaniyyah (bahan material civilization) yang bersifat universal contohnya alat2 dapur seperti gas cooker, microwave ataupun alat2 komputer, televisyen, mesin jenerator dan alat-alat perang seperti kereta kebal, roket dan sebagainya. Semua alat2 tersebut adalah ciptaan fizikal yang tidak terikat kepada mana2 tamadun. Ini jelas sekali kerana tiada sesiapapun yang boleh mengaku bahawa sebuah microwave adalah terikat kepada tamadun barat atau menjadi lambang cara hidup barat. Ini berbeza dengan alat2 materi seperti lambang salib yang sememangnya terikat kepada idea Kristianiti ataupun patung2 yang terikat kepada kebebasan menunjuk aurat seperti patung2 ukiran zaman renaissance.

Umat Islam perlu membezakan di antara teknologi (madaniyyah) yang dicipta oleh ahli sains dan teknologi barat dengan tamadun barat itu sendiri. Ini ialah kerana tamadun barat bukan sekadar pencapaian teknologi dan ciptaan alat2 materi tetapi tamadun (hadarah) barat bererti nilai-nilai atau idea2 yang datangnya dari pemikiran, cara hidup dan ideologi barat, kapitalisme. Maka, idea2 seperti demokrasi (iaitu manusialah yang berhak mencipta hukuman),women’s liberation dan freedom semuanya berasal dari tamadun/hadarah barat yang bertentangan dengan Islam dan nilai2 Islam. Jika perbezaan ini tidak difahami oleh umat Islam, maka ianya akan membawa kesan buruk terhadap kehidupan umat Islam malah, seluruh manusia yang menganuti hadarah barat sebagaimana yang kita perhatikan di negara2 barat itu sendiri.

Teknologi perlu difahami sebagai bahan2 material yang bersifat universal dan boleh dicipta dan digunakan oleh sesiapa sahaja sama ada Islam atau kafir tetapi apa yang penting ialah tujuan kegunaannya dan tujuan penciptaannya yang ditentukan oleh idea2 yang dipegang oleh sesebuah masyarakat. Sebagai contoh, komputer merupakan alat teknologi yang tidak ada baik atau buruknya dan tidak terikat kepada mana2 tamadun tetapi ianya boleh digunakan untuk perkara2 sumbang seperti ponorgraphy akibat daripada idea barat seperti ‘freedom’ dan keghairahan nafsu sebaliknya komputer boleh pula digunakan untuk jalan berda’wah dan menyampaikan risalah Islam. Contoh lainnya seperti kegunaan teknologi dalam perang, alat2 perang boleh digunakan untuk membunuh rakyat sesebuah negara mengikut idea2 koloniasasi atau nasionalisme hinggakan kita lihat bagaimana umat Islam berperang sesama sendiri ataupun ianya boleh digunakan dalam berjihad iaitu berperang untuk menegakkan Islam sebagaimana yang disarankan di dalam Al Qur’an:

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.” (An Anfal:60)

Di dalam Islam, memang tidak ada kekeliruan tentang kedudukan teknologi atau ciptaan barang2 material. Ini dapat kita saksikan sendiri di zaman Rasullullah s.a.w dan khilafah Islam setelah zaman baginda. Rasullullah s.a.w pernah mengambil teknologi perang Persia semasa Perang Khandak di mana beliau berserta sahabah menggali parit mengelilingi kota Medina sebagai benteng pertahanan. Kita juga melihat ciptaan meriam pertama di zaman Khalifah Muhammad Al Fatih sewaktu penaklukan kota Constantinople. Malah Sains dan Teknologi merupakan bidang yang amat maju di zaman Khilafah Islam. Al-Qur’an banyak menyarankan supaya umat Islam bergiat menggunakan segala ciptaan Allah s.w.t untuk kegunaan mereka di dalam kehidupan seharian. Allah s.w.t berfirman:

“Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan
kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami
nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? ” (Luqman:20 )

“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya)”. (Ibrahim: 32)

Katakanlah (wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?” Katakanlah: “Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi
orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat”. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui. (Al-A’raaf:32)

Ini sekaligus membantah pendapat sesetengah orang yang menyangkakan bahawa Islam itu ‘kuno’ dan tamadun Islam serta cara hidup Islam bererti tamadun unta. Walau bagaimanapun ianya amat penting bagi umat Islam supaya memahami bahawa kegunaan alat2 teknologi tersebut adalah tertakluk kepada Syariah dan hukum Islam. Tujuan ciptaan dan kegunaan alat2 material mestilah berasal dan mengikut hadarah (idea2) Islam dan objektif Islam. Ini ialah kerana Islam mempunyai idea2 tersendiri yang bertentangan dengan hadarah barat. Ini juga memberi erti bahawa ukuran sesebuah negara maju bukanlah tertakluk kepada pencapaian teknologinya.

Kita juga tidak boleh membuat kesimpulan bahawa disebabkan teknologi berasal daripada negara2 barat, maka kita perlu meniru cara hidup barat dan ideologinya untuk menjadi sebuah negara yang berteknologi. Kita perlu mengingati sejarah bahawa negara Khilafah Islam merupakan negara yang termaju malah merupakan sebuah ‘superpower’ semenjak zaman Rasullullah s.a.w hinggakan zaman Khilafah Uthmaniyyah di Turki. Oleh itu, umat Islam tidak boleh lagi memegang kepada prinsip bahawa teknologi serta tamadun barat adalah merupakan suatu pakatan hinggakan umat Islam perlu meniru tamadun barat untuk mencapai kemajuan. Tamadun apa sekalipun sama ada barat ataupun timur yang bertentangan dengan hadarah Islam perlu dihapuskan dari pemikiran dan hati umat Islam. Sebaliknya kita perlu kembali kepada hadarah Islam di dalam pemikiran, perbuatan, perasaan serta struktur masyarakat kita.

Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Al- Imran:85)

Artikel ini dipetik dari laman web : Hairil Hazlan yang mempunyai pengetahuan luas berhubung kejuruteraan teknologi.

LAMAN WEB AL-QURAN



LAMAN-LAMAN WEB ISLAM BERAUTORITI






E-MEL (MEL ELEKTRONIK)

DEFINISI E-MEL

• E-mel ialah singkatan kepada mel elektronik, surat elektronik, ataupun mel komputer.
• E-mel juga merupakan satu bentuk surat elektronik yang menggunakan pelbagai aplikasi yang digunakan untuk menghantar, menyimpan, dan menerima mesej melalui sistem komunikasi elektronik.
• Surat berasaskan penggunaan sistem komputer ini boleh dihantar atau diterima fail-fail yang mengandungi teks, grafik, animasi, audio, video, dan sebagainya. 

McGrawHill Profesional 
· Historically, electronic mail (or e-mail) referred to any of a number of technologies that allowed people to send documents to one another through electronic means. 

JPA 
· Mel Elektronik atau e-mel adalah merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu dengan lain dalam bentuk mesej elektronik.
· Aplikasi e-mel ini digunakan secara meluas dan membenarkan komunikasi lebih daripada dua hala dengan cara yang pantas dan lebih sesuai untuk penulisan yang ringkas.

KANDUNGAN E-MEL
Mesej-mesej e-mel Internet terdiri daripada dua bahagian utama:

  • Pengepala — Distrukturkan kepada ruang-ruang seperti ringkasan, pengirim, penerima, dan maklumat lain mengenai e-mel 

Isi — Mesej itu sendiri sebagai teks yang tidak berstruktur; kadang-kala disertakan ruang tandatangan pada penghujungnya 
Pengepala dipisahkan daripada isi dengan sebatang garis kosong.

  • Pengepala mesej terdiri daripada ruangan-ruangan seperti yang berikut:

Dari: Alamat e-mel dan juga nama pengirim mesej

™ Ke: Alamat e-mel dan juga nama penerima mesej

™ Subjek: Ringkasan kandungan mesej (seperti tajuk)

™ Tarikh: Tarikh dan waktu tempatan mesej dikarang

BAGAIMANA ANDA MENGHANTAR MESEJ MENGGUNAKAN E-MEL?

(klik untuk besarkan)

DEFINISI E-MAIL ADDRESS/ALAMAT E-MEL
satu nama unik yang mengandungi nama pengguna e-mel dan nama domain(.com, .net, .edu, etc.)

BAGAIMANA E-MEL ANDA MERENTASI RANGKAIAN KOMPUTER?

(klik untuk besarkan)

DEFINISI MAILING LIST
Mailing List merupakan satu kumpulan e-mel berserta nama dan alamat e-mel. Apabila mesej di hantar kepada mailing list, maka semua pihak yang berada dalam list tersebut menerimanya. Jika anda ingin meletakkan e-mel anda ke dalam mailing list, pastikan anda subscribe atau melanggan program tersebut, dan jika anda ingin membuang e-mel daripada list maka anda perlu unsubscribe atau berhentikan langganan. 

KEPENTINGAN E-MEL DALAM PENYAMPAIAN MAKLUMAT

1. Penyampaian maklumat tanpa batasan melalui aplikasi e-mail
2. Perhubungan dan komunikasi dengan anggota menjadi lebih mudah
3. medium untuk aktiviti pemasaran
4. Penyampaian data lebih teratur dan sistematik
5. Urusan Kerja menjadi lebih ringkas dan cepat

Guru atau tenaga pengajar

Ø  Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak  jabatan serta kementerian.

Ø  Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

Ø   Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.

Pelajar

Ø  Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain.
Ø  Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa
Ø  Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar negara.
Ø  Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara atas talian.

Pengajian atas talian

Pembelajaran atas talian atau e-pembelajaran. Ianya merupakan salah satu daripada sistem pembelajaran teradun yang disediakan oleh Universiti Terbuka Malaysia. Ia bermaksud proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan peralatan elektronik untuk menyampaikan kandungan dan maklumat serta berinteraksi melaluinya.

Masalah – masalah yang dihadapi oleh pelajar :

Ø  Kemahiran teknologi maklumat yang lemah.
Ø   Sukar membahagikan komitmen antara kerjaya, peranan sebagai pelajar dan tanggungjawab kepada keluarga.
Ø   Teknologi dan penyampaian maklumat atas talian.

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah :

Ø  Meningkatkan kemahiran teknologi maklumat.
Ø   Perancangan dan pengurusan masa yang berkesan.
Ø   Mengubah gaya hidup.

KEBAIKAN MENGGUNAKAN E-MEL

  1. Cepat
  • Penggunaan e-mel menjadikan komunikasi yang cepat antara pengguna. Ini dapat dilihat penggunaan e-mel yang boleh dihantar dengan serta-merta sebagai contoh urusan pejabat yang memerlukan dokumen dihantar dengan kadar segera kepada agensi lain dengan cepat dan tepat. Selain itu, komunikasi dalam berinteraksi juga cepat dengan adanya e-mel anda boleh berinteraksi dengan sesiapa sahaja di serata dunia. Tiada kaedah lain yang boleh menyediakan perkhidmatan sebegini.
  1. Cekap
  • Tiada perkhidmatan secekap emel, ini jelas dapat dilhat dalam menghantar maklumat ke satu kumpulan yang boleh dilakukan dalam satu langkah.
  1. Kelajuan
  • Satu e-mel dihantar dengan serta-merta dan di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Tiada perkhidmatan lain yang sepadan dengan e-mel dari segi kelajuan.
  1. Murah
  • Berbanding dengan panggilan telefon, faks, atau perkhidmatan kurier malam lebih, E-mel adalah kurang mahal. Penjimatan kos adalah satu kelebihan komunikasi e-mel yang paling penting dalam perniagaan. Kos yang terlibat dalam mengekalkan sistem e-mel secara amnya sangat rendah. Syarikat-syarikat kecil boleh menggunakan perkhidmatan e-mel percuma dalam talian tanpa perbelanjaan perbelanjaan untuk menggabungkan sistem e-mel yang berasingan. Mereka hanya perlu membayar caj sambungan internet yang tetap. Sebagai syarikat-syarikat terutamanya menggunakan emel, perbelanjaan yang berkaitan dengan bayaran pos dan telefon adalah rendah.
  1. Mesra Pengguna
  • Anda boleh menguruskan semua surat-menyurat anda di skrin dan sebagainya boleh pelanggan anda. Cadangan anda boleh menjawab, disemak semula, disimpan, dan dihantar kepada orang lain, semua tanpa jumlah besar daripada kertas yang terlibat.
  1. Mesra Alam
  • Pos mel menggunakan kertas sebagai medium untuk menghantar surat. Oleh itu, mel elektronik, menghalang sejumlah besar pokok untuk tujuan yang sama . Ia juga menjimatkan bahan api yang diperlukan untuk pengangkutan.
  1. Mudah
  • Baris subjek pada Email menjadikannya mudah untuk memberi keutamaan mesej. Pembaca boleh mengenal pasti surat-menyurat dengan cepat dan diuruskan dengan serta-merta. Tidak seperti mel biasa yang perlu dibuka dan dikaji semula, atau mel suara yang memerlukan anda sama ada untuk mendengar atau mengimbas semua mesej bagi orang-orang yang memerlukan perhatian serta-merta. Ia juga mudah untuk digunakan selepas persediaan awal tanpa memerlukan masa yang lama untuk mempelajarinya. Lebih mudah untuk rujukan apabila seseorang perlu membalas mel, dia boleh menggunakan peruntukan melampirkan mel sebelumnya sebagai rujukan. Ia membantu menyegarkan penerima pengetahuan mengenai apa yang beliau adalah membaca.
  1. Selamat dan Dipercayai
  • Tahap keselamatan dalam menghantar mesej E-mel adalah sangat tinggi, dan industri terus berusaha untuk membangunkan walaupun tahap keselamatan yang lebih ketat. E-mel adalah swasta. Sering kali telefon dan mesej faks tidak. Jika maklumat alamat yang betul, jarang tidak Email sesat.. Setiap orang pasti mempunyai ID dan juga kata laluan masing-masing jadi sukar untuk orang menggodam dalam dalam e-mel. Komunikasi e-mel adalah jelas kaedah komunikasi yang paling selamat berbanding dengan surat dan faks. Jika surat atau dokumen kertas jatuh di tangan yang salah, mereka boleh disalahgunakan yang mungkin membuktikan merosakkan perniagaan. Jika faks yang mengandungi maklumat sulit dibiarkan pada mesin fax, mereka juga boleh digunakan dengan cara yang menentang. E-mel memastikan keselamatan maklumat, rekod, dan butir-butir.
  1. Serba Boleh
  • Penggunaan grafik yang berwarna kad ucapan dan gambar-gambar menarik boleh dihantar melalui e-mel. Ini menambah nilai kepada perkhidmatan e-mel. Alat pengiklanan: Pada masa kini, ramai individu dan syarikat-syarikat menggunakan perkhidmatan e-mel untuk mengiklan produk, perkhidmatan, dan lain-lain.
KEBURUKAN E-MEL

·    
       Kurang Privasi 

- Mesej emel kebiasaannya akan melalui komputer perantaraan sebelum sampai ke destinasi. Jadi, mudah untuk orang lain untuk menyekat dan membaca mesej tersebut.
- Kepala emel dan maklumat lain dalam emel biasanya akan mengenal pasti identiti pengirim, maka menghalang komunikasi tidak bernama.
- Emel boleh menjejaskan keselamatan sesebuah organisasi kerana maklumat yang sensitif dan sulit boleh disebarkan secara sengaja mahupun tidak .
     Salah Faham
  •     Penggunaan kata yang tidak sesuai akan membawa kepada salah faham yang serius. 
  •     Pengirim emel perlulah menggunakan huraian yang penuh dan bukan memendekkannya. 
  •     Perbezaan budaya juga boleh menyebabkan ketidak sefahaman dalam pentafsiran perkataan tertentu. 
Sarat Maklumat (Information Overload)
- Kebanyakan orang menghantar terlalu banyak maklumat sehingga peti masuk emel sarat dengan pelbagai mesej sama ada penting mahupun tidak. 

Pembaziran Masa
- Banyak masa diperuntukkan untuk menyemak mesej ataupun membuang mesej-mesej yang tidak penting.
- Emel atau soalan-soalan yang rumit juga memakan masa untuk dijawab seterusnya mengakibatkan tekanan kepada pengguna.

Spam Emel
- Emel yang diragui kesahihannya.
- Selalunya dihantar daripada penghantar emel (spammer) kepada banyak alamat emel sekaligus.
- Tujuan utamanya adalah untuk penjualan produk, perkhidmatan dan yang paling merbahaya adalah untuk tujuan penipuan.
- Email spam selalunya mengandungi perkataan tidak baik seperti perkataan lucah, seks, loteri, memberi hadiah berupa wang yang banyak dan juga tawaran yang tidak munasabah.
- Email spam yang bertujuan untuk penipuan ini adalah paling merbahaya. Akibat dari kesan penipuan dari kandungan email ini menyebabkan kerugian harta benda, maruah dan juga boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

PERBANDINGAN ANTARA SURAT BIASA DAN EMEL


Surat Biasa
Emel
- Lambat diproses
- Cepat diproses
- Kurang Jaminan
- Dijamin sampai kepada penerima
- Penggunaan bahan alam semulajadi
- Mesra alam
- Dikenakan bayaran
- Percuma
- Kurang privasi
- Privasi

KENALI APA ITU PERISIAN (SOFTWARE)

DEFINISI PERISIAN

Definisi 1
Sekumpulan arahan untuk mengawal, mengurus dan menyokong aktiviti dan sistem komputer.
 
Definisi 2
Arahan-arahan yang lengkap dalam bentuk aturcara dan prosedur yang mengawal, mengurus dan menyokong sistem komputer serta aktiviti-aktiviti pemprosesan maklumat.

JENIS-JENIS PERISIAN

·         Perisian Sistem
Perisian sistem ataupun pengendalian membantu mengawal perkakasan komputer, sistem komputer dan sebagainya.
·         Perisian Pengaturcaraan
Perisian pengaturcaraan selalunya menyediakan alatan untuk memudahkan pembikinan perisian itu sendiri. Contohnya pengkompil, penyunting teks dan lain-lain.
·         Perisian Penggunaan
Perisian penggunaan atau aplikasi membantu menjalankan tugas-tugas bersifat gunaan seperti mengarang, melukis, mengedit gambar dan sebagainya.

DEFINISI CD

Cakera padat (compact disc atau CD) adalah cakera optik yang digunakan bagi menyimpan data digital yang pada asalnya dibangunkan bagi menyimpan bunyi digital. Teknologi cakera padat kemudian diubah suai untuk dijadikan peranti storan data yang dikenali sebagai CD-ROM, dan merangkumi media perakaman tunggal serta perakaman berbilang kali . CD-ROM dan CD-R merupakan teknologi yang masih digunakan secara meluas dalam industri komputer peribadi pada hari ini .

SEJARAH CD

·      Cakera padat tiba di pasaran Asia pada lewat tahun 1982, dan pada awal tahun yang berikut di Amerika Syarikat dan pasaran-pasaran yang lain. Cakera-cakera padat pertama yang dijual merupakan 16 buah judul buatan Jepun daripada CBS/Sony. Cakera padat pada asalnya dianggap sebagai suatu evolusi piring hitam, dan bukan terutamanya sebagai suatu media storan data. Dari asalnya sebagai salah satu format muzik, cakera padat telah bertumbuh untuk merangkumi penggunaan yang lain. Sony dan Philips memperkenalkan CD-ROM (ingatan baca sahaja) pada bulan Jun 1985 dan CD-R (CD boleh rakam) pada tahun 1990.

DEFINISI DVD
DVD (juga dikenali sebagai "Digital Versatile Disc" atau "Digital Video Disc" ialah sejenis format media storan cakera optik yang popular. Kegunaan utamanya termasuk penyimpanan video dan data. Kebanyakan DVD sama dimensinya dengan cakera padat tetapi boleh menyimpan enam kali lebih data berbanding CD. Kelainan-kelainan istilah DVD selalu menghuraikan cara data disimpan dalam cakera.DVD-ROM mengandungi data yang hanya boleh dibaca dan tidak boleh ditulis, DVD-R dan DVD+R boleh ditulis sekali kemudian berfungsi seperti DVD-ROM, manakala DVD-RAM, DVD-RW, atau DVD+RW pula menyimpan data yang boleh dipadam dan ditulis semula banyak kali.

SEJARAH DVD

Pada tahun 1993, dua piawaian storan optik kemampatan tinggi sedang dikembangkan; salah satunya ialah MultiMedia Compact Disc dan Super Density disc. Presiden IBM, Lou Gerstner telah memimpin satu usaha untuk menyatukan kedua-dua paksi tersebut lalu membentuk satu piawaian tunggal, kerana khuatir akan berulangnya perang format pita video antara VHS dan Betamax yang banyak menelan wang pada 1980-an. "DVD" mula-mulanya digunakan sebagai singkatan bagi istilah tidak rasmi digital videodisk. Pada tahun 1995, dilaporkan pada masa spesifikasi dimuktamadkan, bahawa huruf-huruf tersebut secara rasminya adalah singkatan untuk digital versatile disc ("cakera serba guna digital", kerana mengambil kira aplikasi selain video), namun, pihak media mengumumkan penetapan spesifikasi dengan memanggil teknologi itu sebagai "DVD“· Di laman web Forum DVD ada satu bahagian bertajuk "DVD Primer" di mana jawapan kepada soalan "Apakah erti DVD?" adalah seperti berikut: "Kata kuncinya ialah 'versatil.' Cakera serba guna digital memberikan storan dan capaian video, audio dan data yang sangat hebat , segalanya dalam sekeping cakera."

PERISIAN CD / DVD DALAM PENGAJIAN ISLAM

PERISIAN MAKTABAH SYAMILAH


Halaman Utama Maktabah Syamilah


Pencarian Hadith

PERISIAN HOLY QURAN

Halaman Holy Quran



PERISIAN AL-QURAN IN WORD
Tool Bar Untuk Quran Word



Ayat Pilihan

KELEBIHAN CD DAN DVD
·         Mudah mencari maklumat.
·         Mudah menyimpan data.
·         Mudah dibawa.
·         Mudah didapati.
·         Menjimatkan Masa.
·         Mudah untuk dikongsi.
·         Harga berpatutan.

KEBURUKAN CD DAN DVD
·         Mudah calar.
·         Mudah Rosak.
·         Mudah dicetak rompak.
·         Mudah disalah guna.

PERISIAN MENURUT PANDANGAN ISLAM
·         Merujuk kepada sejarah Islam, teknologi bukanlah sesuatu yang asing. Ia adalah satu proses yang berterusan, berkembang bersama kepandaian manusia untuk memudahkan urusan kehidupan. Islam tidak pernah menghalang serta mengharamkan teknologi serta ciptaan baru terutamanya untuk dimanfaatkan dalam sistem pendidikan. Maka oleh itu hukum asal sesuatu adalah mubah (harus) termasuk segala apa yang dibawa oleh pelbagai peradaban samada lama atau baru. Tidak ada hukum sesuatu itu haram kecuali jika terdapat nas dan dalil yang terang serta jelas menyatakan sesuatu itu haram, ini menunjukan Islam agama yang sesuai dengan perubahan zaman dan menuntut agar umatnya selalu maju dalam peradaban. Islam juga merupakan satu agama yang amat menitikberatkan soal ilmu pengetahuan. Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah S.W.T merupakan satu arahan untuk membaca ruang lingkup ilmu pengetahuan adalah amat luas dan mencakupi pelbagai bidang dan sub bidang. Tidak terkecuali Ilmu yang berhubung erat dengan teknologi maklumat dan komunikasi merupakan salah satu daripada bidang ilmu yang perlu dikuasai oleh umat Islam. Tegasnya kegunaan ICT masih tertakluk kepada syariah dan hukum yang dibenarkan oleh Islam. Apalagi pemanfatan semua itu salah alat untuk mendukung dakwah dan mengajarkan peradaban Islam dalam sistem P&P, Sekiranya kemudahan ICT disalahgunakan seperti melayari laman-laman web lucah, menyebarkan fitnah dan menggalakkan pergaulan tanpa batasan, tentu suatu kesalahan yang besar jika kita menyalahkan medianya. Oleh itu kita mesti mengislamisasikan media itu melalui orangnya.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, penggunaan perisian CD dan DVD pada hari ini merupakan suatu kepentingan bagi memudahkan kita untuk mendapatkan serta menyimpan maklumat. Selain itu ia juga :

• mengukuh dan menambah kemahiran kepada pengguna, selaras dengan konsep perkembangan dunia tanpa sempadan pada hari ini.
• lebih banyak kesan positif berbanding negatif. 
• meningkatkan dan membawa kaedah-kaedah yang baru sekaligus meningkatkan produktif pembelajaran.

INTERNET

DEFINISI
·         Merupakan singkatan bagi perkataan ‘inter network’ atau jaringan antarabangsa. Ia merupakan rangkaian bagi rangkaian komputer global (Wide Area Network) @ WAN yang menghubungkan berjuta komputer di dunia yang tersambung menerusi talian telefon, gentian A optik, dan teknologi tanpa wayar seperti 3G, WIMAX, EDGE, dan WIFI.

SEJARAH

  •     Bermula semasa perang dingin. Satu rangkaian dicipta menghubungkan semua komputer tentera Amerika Syarikat.
  •   15 tahun pertama – pelbagai rangkaian dicipta – ARPA net (Advanced Research Project Energy) menghasilkan kaedah pensuisan paket bagi menghubungkan semua jenis computer.
  • 50-an – mula disambungi secara komersil, perkhidmatan internet capaian awam mula diwujudkan dalam bidang penyelidikan saintifik.
KEPENTINGAN
  • Memberi perkhidmatan komunikasi elektronik
  •  Memberikan perkhidmatan aplikasi capaian jauh
  •   Membolehkan pemindahan fail dengan mudah dan cepat
  •   Membolehkan penyebaran maklumat lebih luas dan dinamik
PERKHIDMATAN INTERNET
  •  Mel elektronik
  •  World Wide Web
  • Berita Usenet
  •  Internet Relay Chat
  • Mendapatkan sebarang maklumat
KEBAIKAN
  • Mesej terlalu cepat
  •  Menyokong multimedia@hypermedia
  •  Boleh berkomunikasi secara global
  • Menggunakan capaian komputer jarak jauh
  • Interaktif- membolehkan pengguna berhubung dan berkomunikasi lebih daripada satu hala
KEBURUKAN
  • Kurang kepastian maklumat tepat
  • Banyak perubahan di saat akhir perancangan
  • Kebocoran maklumat/rahsia peribadi
  • Kegiatan jenayah yang boleh mengancam sama ada individu mahupun negara
  •  Penggodaman mudah berlaku
ALAMAT INTERNET

·         Domain iaitu nama khas bagi sekumpulan komputer yang terdapat dalam internet
Kategori
Domain
Syarikat Perniagaan
.com
Kerajaan
.gov
Institusi Pendidikan
.edu
Pembekal Perkhidmatan Internet
.net

PERKHIDMATAN DALAM TALIAN
  •  Membaca berita
  •  Hantar emel
  • Berkenalan
  • Hiburan
  • Jual beli barang
  • Perisian percuma
  • Mencari pekerjaan
  • Permainan video
  • Kursus secara on line
  • Kajian dan penyelidikan
INTERNET DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Perlu diberi tumpuan oleh guru Pendidikan kerana penggunaannya mampu menarik minat pelajar terhadap Pendidikan Islam. Dapat mendorong pelajar untuk memahami konsep akidah dan syariat Islam yang sebenar dengan kesepaduan antara IT dan kurikulum Pendidikan Islam.

KESIMPULAN

        Internet mempunyai banyak kebaikan dan keburukan. Para pengguna perlu memahami kegunaan internet dan memastikan ia digunakan untuk kebaikan sahaja. Kawalan dan pengawasan ibu bapa serta guru adalah penting agar generasi muda memanfaatkan internet demi melahirkan masyarakat berilmu di negara ini.

APA ITU KOMPUTER ?

DEFINISI :
- Sekumpulan Alat elektronik yang saling bekerjasama, dapat menerima data (input), megolah data (process), memberi informasi (output) serta terkoordinasi di bawah kawalan program yang tersimpan di dalam memori.
- Sebarang peralatan, mesin atau alat eletronik yang digunakan untuk memproses maklumat berpandukan kepada prosedur yang ditetapkan. 

JENIS-JENIS KOMPUTER : 
  • Super computer 
  • Main frame computer 
  • Mini komputer 
  • Mikro computer 
KEPENTINGAN KOMPUTER :
  • Pentadbiran 
-Dengan komputer, segala urusan pentadbiran sesebuah negara akan dapat diselesaikan dengan cepat serta cekap.
  • Pendidikan 
- Digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara sistematik.
  • Alat Penyelidikan 
- Membantu dan memudahkan para penyelidik dalam menjalankan kerja penganalisisan.
  • Perniagaan 
- Memudahkan urusan usahawan merekod maklumat kewangan dalam komputer supaya lebih selamat dan terjamin.

SEJARAH PERKEMBANGAN :

Generasi Pertama (1946-1957)
· Menggunakan tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat.

Generasi Kedua (1958-1963) 
· Menggunakan Transistor.

Generasi Ketiga (1964-1970)
· Penciptaan cip silikon menjadikan computer bersaiz lebih kecil. 
· Papan kekunci dan monitor mula diperkenalkan. 

Generasi Keempat (1971 sehingga sekarang
Penciptaan microprocessor.
· Pertumbuhan jaringan komputer (server), jaringan tanpa wayar dan internet.

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN ISLAM :
  • Komputer digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 
  • Banyak dibangunkan perisian ilmiah dalam pelbagai bidang dan cabang ilmu seperti fiqh, tajwid, tauhid, hadith, tafsir dan sebgainya. 
  • Memudahkan pelajar mendapat maklumat dan memahami dengan lebih berkesan. 
  • Memastikan pelajar tertarik dengan pengetahuan yang disampaikan. 
  • Penggunaan internet boleh dipantau oleh guru kerana padanya terdapat banyak maklumat yang boleh diguna pakai dan banyak laman web berautoriti yang telah dibangunkan dan boleh dimanfaatkan dengan baik sama ada laman web institusi atau peribadi.
 

Copyright © 2009 Itmi'nan. All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Blogspot Templates Theme By- WooThemes