APA ITU KOMPUTER ?

DEFINISI :
- Sekumpulan Alat elektronik yang saling bekerjasama, dapat menerima data (input), megolah data (process), memberi informasi (output) serta terkoordinasi di bawah kawalan program yang tersimpan di dalam memori.
- Sebarang peralatan, mesin atau alat eletronik yang digunakan untuk memproses maklumat berpandukan kepada prosedur yang ditetapkan. 

JENIS-JENIS KOMPUTER : 
  • Super computer 
  • Main frame computer 
  • Mini komputer 
  • Mikro computer 
KEPENTINGAN KOMPUTER :
  • Pentadbiran 
-Dengan komputer, segala urusan pentadbiran sesebuah negara akan dapat diselesaikan dengan cepat serta cekap.
  • Pendidikan 
- Digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara sistematik.
  • Alat Penyelidikan 
- Membantu dan memudahkan para penyelidik dalam menjalankan kerja penganalisisan.
  • Perniagaan 
- Memudahkan urusan usahawan merekod maklumat kewangan dalam komputer supaya lebih selamat dan terjamin.

SEJARAH PERKEMBANGAN :

Generasi Pertama (1946-1957)
· Menggunakan tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat.

Generasi Kedua (1958-1963) 
· Menggunakan Transistor.

Generasi Ketiga (1964-1970)
· Penciptaan cip silikon menjadikan computer bersaiz lebih kecil. 
· Papan kekunci dan monitor mula diperkenalkan. 

Generasi Keempat (1971 sehingga sekarang
Penciptaan microprocessor.
· Pertumbuhan jaringan komputer (server), jaringan tanpa wayar dan internet.

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN ISLAM :
  • Komputer digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 
  • Banyak dibangunkan perisian ilmiah dalam pelbagai bidang dan cabang ilmu seperti fiqh, tajwid, tauhid, hadith, tafsir dan sebgainya. 
  • Memudahkan pelajar mendapat maklumat dan memahami dengan lebih berkesan. 
  • Memastikan pelajar tertarik dengan pengetahuan yang disampaikan. 
  • Penggunaan internet boleh dipantau oleh guru kerana padanya terdapat banyak maklumat yang boleh diguna pakai dan banyak laman web berautoriti yang telah dibangunkan dan boleh dimanfaatkan dengan baik sama ada laman web institusi atau peribadi.

No Response to "APA ITU KOMPUTER ?"

Post a Comment

 

Copyright © 2009 Itmi'nan. All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Blogspot Templates Theme By- WooThemes