#5 kadang-kadang.

kadang-kadang,
kerana terlalu sayang dengan seseorang,
Allah ambil dia dari kita.
Allah jarakkan kita dengan dia.
untuk uji kita.


masihkah kita sayang pada yang MENGURNIAKAN rasa sayang itu
masihkah kita sayang pada yang MENGANUGERAHKAN rasa sayang itu.
dan masihkah kita percaya pada aturan DIA.
untuk sedarkan kita.

bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi, lebih dari segala-galanya.
dan kadang-kadang,
Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai.

saat Allah jarakkan kita,
lalu timbul rasa rindu dan menyesal,
itu bukan untuk menghukumi kita.
tapi untuk memberi pengajaran.
bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka,
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi lebih dari yang kita mahu lakukan.

#4 tomato.taqwa.


sifat orang taqwa:
(Yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. (Q.S. Ali 'Imran ayat 134-135)

#3 ICT dan Pandangan Islam terhadapnya.

Apa itu ICT ?
ICT - satu proses pengaliran, penyebaran pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Ia juga untuk memindah, menyebarkan dan memaparkan maklumat.

Perkembangan ICT ?
Dunia pada mulanya menghadapi Revolusi Pertanian, diteruskan dengan Revolusi Perindustrian dan apabila mencapai gelombang ketiga bermulalah Revolusi Teknologi Maklumat. Gelombang maklumat ini akan merentasi sempadan negara tanpa mengira ideologi, agama, bangsa, fahaman politik dan blok perdagangan yang dianuti.

Kemunculan Era Informasi.
Rogers(1991) seorang pengkaji media komunikasi mengklasifikasikan sejarah perkembangan ICT kepada empat:

  • Era Penulisan - Bermula sejak tahun 4000 sebelum Masihi. Bermula ketika orang-orang Sumeria menulis di atas papan batu. Ketika ini buku penting di salin tulis. Ini menyebabkan pengetahuan tidak berkembang luas kerana bahan bacaan yang terhad.
  • Era Percetakan - Bermula pada tahun 1956 ketika mesin cetak di cipta oleh Gutenberg dari Jerman. Sebelum itu, pada tahun 1401 teknologi percetakan telah wujud di China. Surat khabar pertama di terbitkan pada era tersebut.
  • Era Telekomunikasi - Bermula tahun 1844. Telegraf dicipta oleh Morse. Pada tahun 1876 pula Alexander Graham Bell mencipta telefon.
Pandangan Islam terhadap ICT.

Islam tidak meletakkan hukum haram kepada sesuatu melainkan telah di sebut dalam nas ataupun dalil. Islam juga tidak menghalang teknologi serta ciptaan baru terutamanya untuk dimanfaatkan dalam sistem pendidikan.Hukum asal sesuatu adalah mubah yakni harus termasuk segala apa yang dibawa oleh pelbagai peradaban sama ada lama atau baru.

#2 perkongsian.

mana mungkin kesedihan hadir tanpa sebab.
kamu membohongi diri bila berkata, “saya sedih tanpa sebab.”
“sebab”nya ada.
“sebab” yang cuma kamu tahu.
“sebab” yang kamu sembunyikan, kamu nafikan..
mungkin kerana sesuatu yang belum kamu lepaskan dengan ikhlas dan jujur.
mungkin kerana sesuatu yang belum kamu terima dengan redha dan lapang dada.

#1 Kalam satu.

Assalamualaikum dan salam satu ummah :) Alhamdulillah sangat-sangat, dengan izin Allah, kami iaitu Hidayah, Hidayatul, Adiba, Fazuriyati, Fatin dan Farah masih di beri peluang dan ruang oleh Allah untuk melaksanakan tugasan bagi subjek Aplikasi ICT dalam Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah : BIQC 4103. Terima kasih kepada lecturer kami, Ustaz Mohd. Khafidz bin Soroni atas tugasan yang di berikan ini. There's more infotainment to come, tunggu ya!
 

Copyright © 2009 Itmi'nan. All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Blogspot Templates Theme By- WooThemes