LAMAN WEB AL-QURAN : AL-QURAN AL-KARIM DENGAN TEKNIK SEMANOOR

Bagi tugasan kedua pula iaitu tugasan laman web Al-Quran, kami telah memilih laman web Al-Quran Al-Karim bitaqniyat Semanoor iaitu satu laman web Al-Quran yang menerangkan tentang ulum Al-Quran. Teknik Semanoor di sini bermaksud pengasas laman web ini iaitu syarikat perisian Intel dan Semanoor telah bergabung dengan syarikat yang mengeluarkan Al-Quran Al-Karim, Dar Al Rasm Al-Othmani untuk membentuk laman web ini. Laman web yang bercirikan perisian ini mempunyai 17 pembahagian yang mana bersifat E-Kurikulum yang memfokuskan kepada pendidikan terutama golongan kanak-kanak dalam mempelajari Al-Quran. Apa yang menariknya, hasil kerjasama pihak Intel dan juga pihak Semanoor dan Dar Al Rasm Al-Othmani telah bersepakat mengeluarkan komputer yang lengkap mengandungi Al-Quran mengikut teknik Semanoor di Mesir dalam usaha menarik minat orang ramai mempelajari ilmu tajwid. Bagi kami, laman web ini sangat bermanfaat bagi pengunjung yang berminat untuk mempelajari Ulum Al-Quran. Hal ini kerana laman web ini bukan sahaja menerangkan hukum tajwid, tafsir al-Quran, dan bacaan al-Quran, malah turut menerangkan makhraj huruf dalam kita membaca al-Quran, laman web ini juga menerangkan tentang i'jaz al-Quran iaitu dari i'jaz sains hinggalah i'jaz syarie. 
Laman hadapan web. Klik untuk terus ke laman ini.

LAMAN WEB ISLAM : NIDA' AL-IMAN

Ini adalah laman sesawang atau web yang kami bentangkan dalam kelas Aplikasi ICT menurut Al-Quran dan As-Sunnah. Laman web Islam merupakan tugasan bagi kami dan kami telah memilih laman web Nida' Al-Iman. Laman web ini merangkumi sebelas bahagian seperti Ensiklopedia Al-Quran, Tafsir Al-Quran, Himpunan Hadis, Himpunan Fiqh Islam, Himpunan Penulisan, Kitab-kitab terpilih, Indeks lengkap, Pembelajaran dan pengajaran dari forum, Arkib Fatwa, Karya-karya terpilih dan Jurnal Nida' Al-Iman. Menurut kami laman web Nida' Al-Iman adalah laman web yang sangat lengkap kerana meliputi hampir keseluruhan perkara berkaitan dengan Islam. Laman web ini walaupun berbahasa Arab kerana laman web ini di usahakan oleh Jabatan Teknologi Mesir, namun begitu bahasa yang digunakan adalah senang untuk di fahami. Antara isi kandungan laman ini termasuklah Al-Quran Player yang di bacakan oleh Qari yang terkenal, Penerangan Hukum Tajwid dalam al-Quran, Tafsir-tafsir dari ahli tafsir yang terkenal seperti Tafsir Qurtubi, himpunan kitab-kitab hadis terutama yang soheh iaitu Al-Bukhari dan Muslim serta pelbagai lagi manfaat boleh diperoleh didalamnya. Anda boleh ke laman web Islam tersebut dengan klik gambar di bawah. Anda juga boleh mengikuti laman web ini di Twitter dan Facebook mereka.

muka hadapan laman web Nida' Al-Iman

Mari lawati Forum Ahl al-hadith!


'Multaqa Ahl Al-Hadith' ini membincangkan secara rigid berhubung ulum al-hadith termasuklah:
  • forum hadith dan pengajiannya
  • forum Al-Quran dan pengajiannya
  • forum hukum Fiqh
  • forum perundangan Islam
  • forum bahasa Arab dan pengajiannya
  • forum tentang kitab-kitab hadith
  • forum tentang ulama hadith masa kini
dan banyak lagi forum ilmiah yang boleh kita sama-sama manfaatkan. InsyaAllah :)

Islam Q&A : menjawab persoalan hukum dalam Islam.

Laman web 'Islam Q&A' ini merupakan hak milik Shaikh Muhammad Saalih Al-Munajid
Al-Munajid berkelulusan dari Universiti Petroleum dan Mineral Raja Fahd (KFUPM) di Dhahran, Arab Saudi, dengan ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Perindustrian. Al-Munajid mengkaji undang-undang Islam di bawah ulama 'Abd al-' Aziz ibn Baaz , yang memberi kuasa kepadanya untuk mengajar dan memberi syarahan di Wilayah Timur Arab Saudi. Beliau belum lagi mencapai umur 30 tahun. Beliau juga belajar di bawah ulama Muhammad ibn al Uthaymeen , Abdullah Ibn Jibreen , Saleh Al-Fauzan , dan Abd ar-Rahman al-Baraak.
Antara isi kandungan laman ini termasuklah penyelesaian masalah berhubung ibadah, aqidah dan fatwa-fatwa terpilih. Laman web ini sangat bermanfaat bagi kita sebagai umat Islam yang senantiasa ingin mendalami serta memahami Islam itu sendiri. Walaupun Al-Munajid berpegang pada mazhab Imam Hanbali namun dapat di lihat fatwa dan pandangan beliau amat relevan dengan mazhab yang dipegang oleh umat Islam yang lain.

Kesinambungan Islam dan teknologi.

Perbahasan tentang teknologi dan permodenan seringkali di kaitkan dengan idea2 seperti demokrasi, kebebasan hidup (freedom) dan free-market ekonomi hinggakan kita sering mendengar ucapan2 seperti “untuk menjadi sebuah negara maju dan berteknologi, kita perlu berdemokrasi.”

 Maka, teknologi dan tamadun terutama sekali tamadun barat sering disatukan dan seakan-akan tidak boleh dipisahkan lagi. Ini menimbulkan suatu kekeliruan di dalam pemikiran umat Islam tentang soal teknologi dan Islam. Jika teknologi bererti tamadun dan nilai2 barat ataupun tamadun barat berserta nilai-nilainyalah yang menghasilkan teknologi maka, bolehkah umat Islam menerima dan mengambil teknologi? Ini mengakibatkan umat Islam berpecah kepada dua kumpulan iaitu, kumpulan pertama yang berpendapat bahawa umat Islam perlu maju dan mengikut arus perubahan maka, kita perlu berteknologi dan sekaligus memeluk cara hidup barat berserta idea-ideanya dan idea2 barat tidak bertentangan dengan Islam. Kumpulan yang kedua pula berpendapat bahawa idea2 barat memang bertentangan dengan Islam, oleh kerana itu segala apa yang datangnya daripada barat adalah salah dan bid’ah termasuk teknologinya.

Jika kita mendalami persoalan ini, kita akan melihat bahawa kedua-dua pendapat ini adalah bertentangan dengan realiti yang sebenarnya. Ini ialah kerana teknologi dan tamadun/nilai2 barat bukanlah dua perkara dalam satu yang tidak boleh diasingkan lagi malah, kedua-duanya merupakan perkara yang berasingan. Teknologi merupakan ciptaan barang2 material dan fizikal yang tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu tamadun, dalam kata lain ianya adalah madaniyyah (bahan material civilization) yang bersifat universal contohnya alat2 dapur seperti gas cooker, microwave ataupun alat2 komputer, televisyen, mesin jenerator dan alat-alat perang seperti kereta kebal, roket dan sebagainya. Semua alat2 tersebut adalah ciptaan fizikal yang tidak terikat kepada mana2 tamadun. Ini jelas sekali kerana tiada sesiapapun yang boleh mengaku bahawa sebuah microwave adalah terikat kepada tamadun barat atau menjadi lambang cara hidup barat. Ini berbeza dengan alat2 materi seperti lambang salib yang sememangnya terikat kepada idea Kristianiti ataupun patung2 yang terikat kepada kebebasan menunjuk aurat seperti patung2 ukiran zaman renaissance.

Umat Islam perlu membezakan di antara teknologi (madaniyyah) yang dicipta oleh ahli sains dan teknologi barat dengan tamadun barat itu sendiri. Ini ialah kerana tamadun barat bukan sekadar pencapaian teknologi dan ciptaan alat2 materi tetapi tamadun (hadarah) barat bererti nilai-nilai atau idea2 yang datangnya dari pemikiran, cara hidup dan ideologi barat, kapitalisme. Maka, idea2 seperti demokrasi (iaitu manusialah yang berhak mencipta hukuman),women’s liberation dan freedom semuanya berasal dari tamadun/hadarah barat yang bertentangan dengan Islam dan nilai2 Islam. Jika perbezaan ini tidak difahami oleh umat Islam, maka ianya akan membawa kesan buruk terhadap kehidupan umat Islam malah, seluruh manusia yang menganuti hadarah barat sebagaimana yang kita perhatikan di negara2 barat itu sendiri.

Teknologi perlu difahami sebagai bahan2 material yang bersifat universal dan boleh dicipta dan digunakan oleh sesiapa sahaja sama ada Islam atau kafir tetapi apa yang penting ialah tujuan kegunaannya dan tujuan penciptaannya yang ditentukan oleh idea2 yang dipegang oleh sesebuah masyarakat. Sebagai contoh, komputer merupakan alat teknologi yang tidak ada baik atau buruknya dan tidak terikat kepada mana2 tamadun tetapi ianya boleh digunakan untuk perkara2 sumbang seperti ponorgraphy akibat daripada idea barat seperti ‘freedom’ dan keghairahan nafsu sebaliknya komputer boleh pula digunakan untuk jalan berda’wah dan menyampaikan risalah Islam. Contoh lainnya seperti kegunaan teknologi dalam perang, alat2 perang boleh digunakan untuk membunuh rakyat sesebuah negara mengikut idea2 koloniasasi atau nasionalisme hinggakan kita lihat bagaimana umat Islam berperang sesama sendiri ataupun ianya boleh digunakan dalam berjihad iaitu berperang untuk menegakkan Islam sebagaimana yang disarankan di dalam Al Qur’an:

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.” (An Anfal:60)

Di dalam Islam, memang tidak ada kekeliruan tentang kedudukan teknologi atau ciptaan barang2 material. Ini dapat kita saksikan sendiri di zaman Rasullullah s.a.w dan khilafah Islam setelah zaman baginda. Rasullullah s.a.w pernah mengambil teknologi perang Persia semasa Perang Khandak di mana beliau berserta sahabah menggali parit mengelilingi kota Medina sebagai benteng pertahanan. Kita juga melihat ciptaan meriam pertama di zaman Khalifah Muhammad Al Fatih sewaktu penaklukan kota Constantinople. Malah Sains dan Teknologi merupakan bidang yang amat maju di zaman Khilafah Islam. Al-Qur’an banyak menyarankan supaya umat Islam bergiat menggunakan segala ciptaan Allah s.w.t untuk kegunaan mereka di dalam kehidupan seharian. Allah s.w.t berfirman:

“Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan
kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami
nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? ” (Luqman:20 )

“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya)”. (Ibrahim: 32)

Katakanlah (wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?” Katakanlah: “Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi
orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat”. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui. (Al-A’raaf:32)

Ini sekaligus membantah pendapat sesetengah orang yang menyangkakan bahawa Islam itu ‘kuno’ dan tamadun Islam serta cara hidup Islam bererti tamadun unta. Walau bagaimanapun ianya amat penting bagi umat Islam supaya memahami bahawa kegunaan alat2 teknologi tersebut adalah tertakluk kepada Syariah dan hukum Islam. Tujuan ciptaan dan kegunaan alat2 material mestilah berasal dan mengikut hadarah (idea2) Islam dan objektif Islam. Ini ialah kerana Islam mempunyai idea2 tersendiri yang bertentangan dengan hadarah barat. Ini juga memberi erti bahawa ukuran sesebuah negara maju bukanlah tertakluk kepada pencapaian teknologinya.

Kita juga tidak boleh membuat kesimpulan bahawa disebabkan teknologi berasal daripada negara2 barat, maka kita perlu meniru cara hidup barat dan ideologinya untuk menjadi sebuah negara yang berteknologi. Kita perlu mengingati sejarah bahawa negara Khilafah Islam merupakan negara yang termaju malah merupakan sebuah ‘superpower’ semenjak zaman Rasullullah s.a.w hinggakan zaman Khilafah Uthmaniyyah di Turki. Oleh itu, umat Islam tidak boleh lagi memegang kepada prinsip bahawa teknologi serta tamadun barat adalah merupakan suatu pakatan hinggakan umat Islam perlu meniru tamadun barat untuk mencapai kemajuan. Tamadun apa sekalipun sama ada barat ataupun timur yang bertentangan dengan hadarah Islam perlu dihapuskan dari pemikiran dan hati umat Islam. Sebaliknya kita perlu kembali kepada hadarah Islam di dalam pemikiran, perbuatan, perasaan serta struktur masyarakat kita.

Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Al- Imran:85)

Artikel ini dipetik dari laman web : Hairil Hazlan yang mempunyai pengetahuan luas berhubung kejuruteraan teknologi.

LAMAN WEB AL-QURAN



LAMAN-LAMAN WEB ISLAM BERAUTORITI






 

Copyright © 2009 Itmi'nan. All rights reserved.
Converted To Blogger Template by Blogspot Templates Theme By- WooThemes